Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada 11.50 pagi Isnin.
Gempa 5.5 magnitud itu berlaku pada kedalaman 135 kilometer di koordinat 0.4 darjah utara, 122.2 darjah timur dengan jarak 97km barat dari Gorontalo, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut



