Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi kuat di Selatan Kepulauan Tonga pada 3.17 petang, Ahad.
Gempa 6.3 magnitud itu berlaku pada kedalaman 68 kilometer di koordinat 24.2 darjah selatan, 175.8 darjah barat dengan jarak 899 kilometer tenggara dari Laucala, Fiji.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan gempa bumi tersebut.



