ARTIKEL

Gempa: Kematian di timur Indonesia meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Jumlah korban akibat gempa kuat yang melanda rantaian pulau terpencil Indonesia pada hujung minggu meningkat kepada lima, dengan beribu-ribu penduduk masih tinggal di tempat perlindungan sementara, kata pegawai pada Rabu.

Gempa bumi 7.3 magnitud melanda kira-kira 165 kilometer (100 batu) di selatan bandar Ternate, di wilayah Maluku Utara pada petang Ahad, menurut Kajian Geologi AS.

“Lima orang mati ditimpa runtuhan,” Agus Wibowo, jurucakap bagi agensi pengurangan bencana dalam satu kenyataan.

Hampir 1,000 rumah rosak di daerah Halmahera Selatan, yang paling dekat dengan pusat gempa bumi itu, dan lebih 3,000 orang berlindung di bangunan kerajaan dan sekolah atas kekhuatiran gempa susulan. Pihak berkuasa tempatan meletakkan daerah itu di bawah status kecemasan dan membuka dapur awam, serta mengedarkan bantuan dan khemah.

Maluku Utara turut dilanda gempa 6.9 magnitud awal bulan ini.

Indonesia mengalami aktiviti seismos dan gunung berapi yang kerap disebabkan kedudukannya di atas “Ring of Fire” di Pasifik, tempat pelanggaran plat tektonik.

Tahun lepas, gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami berikutnya di Palu di pulau Sulawesi mengorbankan lebih 2,200 orang, dengan seribu lagi disytiharkan hilang.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi berkekuatan 9.1 magnitud tmelanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh rantau Lautan Hindi, termasuk kira-kira 170,000 di Indonesia. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu