ARTIKEL

Generator di hospital Gaza mungkin tidak dapat berfungsi dalam tempoh kurang 48 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kementerian Kesihatan di Gaza pada Selasa memberi amaran bahawa generator di hospital akan berhenti berfungsi dalam tempoh 48 jam akibat kekurangan bahan api, lapor Agensi Anadolu.

“Kita mempunyai tempoh kurang 48 jam sebelum semua generator di hospital kehabisan bahan api,” kata jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qudra dalam kenyataan ringkas di Telegram.

Beliau berkata bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza sangat perlahan dan ini tidak dapat mengubah keadaan, manakala sistem penjagaan kesihatan mencapai tahap terburuk dalam sejarah.

Pada Isnin kementerian itu dilaporkan berkata sebanyak 32 pusat kesihatan tidak lagi beroperasi disebabkan kekurangan bahan api selain menjadi sasaran pesawat perang Israel.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.