ARTIKEL

FOTO BERNAMA

Geng Bob tumpas, terlibat edar dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan Geng Bob dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah apabila menahan lima lelaki tempatan di sebuah kawasan perumahan di Hulu Bernam, Hulu Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 59 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.

Polis turut merampas tiga ketulan ganja seberat 2.5 kilogram bernilai bernilai RM7,762.40 serta menyita tiga buah motosikal jenis Yamaha 125z bernilai RM21,000.
Menurutnya dua ketulan ganja dibalut dengan plastik lut sinar (1.7kg) dijumpai di atas siling bumbung rumah berkenaan manakala satu lagi (0.77 kg) di atas almari pakaian dalam sebuah bilik.

“ Tiga dari suspek mempunyai hubungan kekeluargaan manakala dua lagi merupakan rakan mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Faizal berkata kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai tukang gunting rambut, pemandu lori, kelindan lori dan penganggur dan tiga daripada mereka mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.
“Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai esok hingga 5 Mei ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap