ARTIKEL

‘Geng Debu’ tumpas, polis selesai 10 kes pecah rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan curi di daerah ini dengan tertangkapnya tiga lelaki warga tempatan dikenali sebagai Geng Debu. 

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ketiga-tiga suspek berumur 18 hingga 25 tahun itu ditangkap 16 Jun lalu.

Ahsmon menunjukkan tiga unit pemampat angin yang dirampas daripada suspek.

Katanya, tangkapan dijalankan oleh pasukan Counter Aggressive Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Sungai Maong, diketuai Inspektor Awang Ramzi Awang Junaidi. 

“Tangkapan suspek pertama dan kedua dilakukan secara ‘red handed’ oleh pasukan operasi pada jam 5.10 pagi di kawasan perumahan di Stampin Tengah, Kuching.

“Tangkapan suspek ketiga dibuat di sebuah rumah di kawasan Stutong, Kuching pada hari yang sama iaitu pada jam 8.30 pagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini hari ini.

Ahsmon berkata, turut dirampas daripada suspek adalah sebuah televisten 42 inci, tiga unit pemampat pelbagai jenama, guni serta plastik yang dicuri suspek semasa kejadian yang dianggarkan RM4,000.

“Hasil semakan mendapati suspek pertama dan ketiga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Manakala ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek direman selama empat hari sehingga hari inu untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,

BERITA TERBARU