MUKAH: Sejumlah RM29,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian Abdul Yakub Arbi kepada gereja dan chapel di kawasan DUN Balingian, hari ini.
Antara gereja yang terlibat ialah Gereja St. Peter & Paul Mukah dan Gereja St Mary’s Balingian.

Selain itu, Sacred Heart Chapel Kampung Jebungan, Chapel St. Thomas Kampung Teh Mukah, Chapel Roman Catholic Kampung Sau, Chapel Katolik St Joseph Kampung Sesok dan Chapel Our of Fatima Kampung Teh Labak.
Menurut Yakub, geran tersebut adalah untuk menyokong aktiviti-aktivti yang dilaksanakan serta meningatkan tahap pembangunan setiap tempat rumah ibadat.

Ujarnya, ia merupakan satu pendekatan bagi memastikan setiap institusi keagamaan di kawasan ini mendapat dana dan peruntukan sewajarnya untuk pusat ibadat mereka.
Dalam pada itu, Yakub turut meninjau keadaan bangunan di sekitar chapel yang terlibat dalam penyerahan geran MRP tersebut.
Tambahnya, diharapkan pemberian geran tersebut dapat membantu dan menyokong pelaksanaan aktiviti yang diadakan.



