ARTIKEL

Gerosen Jubin Harap DUN Bukit Arip Direalisasikan Menerusi Persempadanan Semula

Gerosen Jubin Harap DUN Bukit Arip Direalisasikan Menerusi Persempadanan Semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Penantian lebih sedekad penduduk di kawasan Parlimen Selangau untuk melihat kewujudan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Arip diharap menjadi kenyataan menerusi proses persempadanan semula yang sedang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pemanca Daerah Tatau, Gerosen Jubin berkata, cadangan mewujudkan DUN Bukit Arip bukanlah tuntutan baharu, sebaliknya disuarakan masyarakat setempat sejak 2014 berikutan keperluan perwakilan yang lebih dekat dengan rakyat serta mampu mempercepat penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata Parlimen Selangau merupakan antara kawasan Parlimen terbesar di Sarawak dengan keluasan kira-kira 9,193 kilometer persegi, sekali gus menjadikan pelaksanaan pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan berdepan cabaran besar akibat faktor geografi serta penempatan penduduk yang jauh dan berselerak.

Menurutnya, kewujudan DUN baharu itu membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan yang lebih cekap melalui wakil rakyat yang lebih hampir dengan masyarakat setempat.

“Langkah ini diyakini dapat mempercepat pelaksanaan projek pembangunan, memperkukuh aspek kebajikan rakyat serta memastikan setiap komuniti, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, mendapat perhatian yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tegasnya, pewujudan DUN Bukit Arip amat penting bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, mempercepat pelaksanaan pembangunan serta memastikan rakyat di kawasan pedalaman tidak tercicir daripada arus pembangunan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha