ARTIKEL

Getah dari Sarawak ke Romania

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Produk komoditi seperti getah dan kelapa sawit mempunyai potensi yang tinggi untuk dieksport ke negara Romania, kata Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI) Datuk Mutang Tagal.
Menurut beliau yang juga Konsul Kehormat Romania di Sarawak, negara tersebut tidak begitu membangun dari segi teknologi seperti negara Eropah yang lain.
“Namun dari segi pertanian, Romania mempunyai potensi yang sama seperti Malaysia terutama Sarawak. “Kita boleh memasarkan produk seperti minyak kelapa sawit, getah, produk elektronik dan papan serbaguna ke Romania,” katanya kepada Suara Sarawak.
Beliau menambah, tanggungjawab beliau sebagai Konsul Kehormat adalah agar Sarawak mempunyai pertukaran pasaran dengan Romania.
“Ini termasuk pertukaran dari segi budaya, pendidikan, perniagaan dan yang lain. “Bagaimanapun, akibat penularan Covid-19 kita tidak dapat melakukan lawatan ke Romania dan kita berharap selepas semua reda kelak, kita akan dapat meneruskan segala rancangan,” jelasnya.
Mutang berkata, sekiranya terdapat syarikat perkayuan yang ingin memperluas perniagaan mereka ke Eropah, mereka menubuhkan pejabat di Bucharest kerana ia lebih murah berbanding negara Eropah lain seperti Perancis dan Jerman.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha