ARTIKEL

Ghea Indrawari

Ghea Indrawari, gegar Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI Indonesia, Ghea Indrawari, bakal kembali menyapa peminat di Malaysia menerusi konsert solo istimewa bertajuk GHEA INDRAWARI: RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur pada 8 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini bukan sekadar hiburan, malah dijanjikan sebagai pengalaman emosi yang dekat di hati penonton.

Dikenali dengan lagu-lagu balada yang sarat dengan kejujuran dan kisah jiwa, Ghea membawa mesej mendalam tentang penerimaan diri melalui setiap bait muziknya.

Menurut Ghea, Rasi Jiwa membawa falsafah penting tentang menghadapi emosi yang tidak sempurna.

“Rasi Jiwa menolak standard ‘harus baik-baik sahaja’.

Ia mengajak kita, terutama generasi muda, menerima proses kehidupan, termasuk fasa keliru, jatuh dan belum selesai,” katanya.

Konsert ini direka untuk memberikan pengalaman yang lebih dekat dengan peminat, dengan beberapa kategori tiket bagi membolehkan penonton memilih cara menikmati persembahan, daripada ruang berdiri (free standing) dan tempat duduk bernombor hingga zon VIP yang berhampiran pentas.

Menariknya, setiap kategori tiket dinamakan berasaskan fasa emosi kehidupan, dengan harga bermula RM198 hingga RM238 bagi tiket berdiri di tingkat bawah, RM338 hingga RM368 bagi tempat duduk di tingkat atas, manakala VIP Suite berharga RM5,000 dan sesi bertemu peminat (meet and greet) berharga RM300.

Pemilihan Zepp Kuala Lumpur dianggap ideal bagi menekankan konsep keintiman dan interaksi emosi antara Ghea dengan penonton.

“Kami mahu setiap penonton merasai hubungan peribadi dengan lagu-lagu yang dibawakan,” jelas Ghea.

Bagi peminat yang tidak sabar untuk mendapatkan tiket, prajualan akan bermula hari ini, jam 10.00 pagi untuk mereka yang mendaftar di laman tiket, manakala jualan awam dibuka pada esok.

Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi GheaRasiJiwaKL.com dan platform LOKET.

Menerusi Rasi Jiwa, Ghea bukan sekadar membawa muzik, malah turut mengajak penonton menelusuri perjalanan emosi sendiri, sekali gus menjadikan setiap detik konsert lebih bererti dan menyentuh jiwa.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU