Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Gian tonton video lucah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ketagihan menonton pornografi mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan sehingga menyebabkan kehilangan nilai moral individu, selain merosakkan saraf otak dan kehidupan masyarakat.

Menurut Awang Mohd Aiman Nabil Awang Suhaili, kebanyakan remaja terpengaruh melihat video lucah yang dipaparkan di media massa seperti televisyen atau gajet.

“Ia akan memberi kesan kepada perubahan sikap remaja atau kanak-kanak tersebut ke arah sikap yang negatif dan membimbangkan banyak pihak.

“Ia akan memberi kesan terhadap si pelaku atau mangsa, namun pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan penting dalam memberi teguran yang keras atau memberi hukuman kepada mereka,” ulasnya.

Selain itu, menurut seorang cef, Siti Nor Aisyah Aris, kanak-kanak atau remaja yang terdedah kepada video lucah akan mengalami ketagihan sehingga menyebabkan kes rogol kanak-kanak bawah umur.

“Akibat ketagihan tersebut, mereka akan didesak oleh perasaan ingin mencuba dan ketagihan video lucah. Ia bukan sahaja mempengaruhi emosi dan psikologi, malahan mental mangsa itu sendiri.

“Remaja ialah individu yang mengalami peringkat perasaan ingin tahu dan ingin mencuba yang sangat tinggi. Media massa ataupun faktor sekeliling juga mendorong mereka ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa memikirkan kesan pada kemudian hari,” katanya.

Baca lain  Potong rambut percuma

Bagi Al Rafiq Omar 24, pegawai pengurusan, video lucah akan memberi impak yang negatif kepada individu dari segi kesihatan mental dan fizikal.

“Dari segi kesihatan mental, individu tersebut akan ketagih melihat video tersebut dan ia akan mendatangkan masalah pada minda dan tubuh mereka seperti marah, dan memberontak.

“Selain itu, individu tersebut juga akan mudah terangsang apabila melihat kanak-kanak perempuan atau wanita dan hal ini menyebabkan berlakunya kes rogol yang tidak diinginkan semua pihak,” katanya.

Menurut Westlorn Darby Girim, 21, remaja yang sering menonton video lucah akan sentiasa ingin menonton video dan melihat bahan lucah dan jika mereka mahukan lebih daripada sebelumnya.

“Keinginan hanya akan berhenti jika mereka mendapatkannya. Jika tidak dapat mereka akan mula membayangkannya dan hal ini sekali gus merosakkan fokus dan minda mereka.

“Ini akan mendatangkan kesan kurang tidur pada waktu malam dan menyebabkan tubuh mereka menjadi lesu,” katanya.

Manakala Kristopher Ngalai, 24, berkata, kesan video lucah kepada remaja ialah mereka akan lebih cenderung untuk mencuba aktiviti seksual kerana penyiaran video tersebut mudah dicari melalui telefon bimbit.

Baca lain  Bot ekspres tetap jadi pilihan

“Video lucah juga membawa kepada sikap mereka yang tidak bermoral, iaitu remaja akan mencuba untuk meniru atau mengamalkan apa-apa yang ditonton dan ia berakhir dengan keputusan untuk merosakkan atau menghancurkan seseorang,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru