ARTIKEL

Razi Sitam menyempurnakan pembukaan Pusat Gimnasium Komuniti Debak. Foto TVS

Gimnasium Debak galak penduduk amal gaya hidup sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Penubuhan Pusat Gimnasium Komuniti di Pekan Debak merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas mengamalkan gaya hidup sihat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, pusat itu juga bertujuan memperkasakan pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi.

“Pusat ini akan dibuka kepada semua masyarakat di DUN Saribas dengan bayaran yang termurah,” katanya pada Majlis Pembukaan Awal Pusat Gimnasium Komuniti di sini, semalam.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas memaklumkan pusat tersebut dibangunkan dengan kos keseluruhan sebanyak RM100,000.

Katanya, gimnasium itu dilengkapi dengan peralatan asas yang sesuai untuk latihan serta penggunaan masyarakat umum.

“Alhamdulillah, pusat ini lengkap dengan keperluan asas bagi latihan. Diharapkan orang ramai dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan,” ujarnya. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha