SERIAN: Gimnas Sarawak, Audi Zulkarnien menambah koleksi pingat emas Sarawak apabila memenangi acara alatan akhir (melombol) bagi kategori gimnastik artistik di Pusat Konvensyen Serian di sini, petang tadi.
Audi mencatat 12.933 mata bagi menewaskan pencabar lain bagi acara berkenaan.
Sementara itu, tempat kedua diraih oleh Marissa Zaiful Azian dari Wilayah Persekutuan dengan mata 11.717.
Dalam pada itu, pingat gangsa ditawan oleh gimnas tuan rumah, Cassandra Lavigne Shelden dengan mata 11.600.

Bagi acara esok hari, tiga gimnas Sarawak, Audi Zulkarnien; Cassandra Lavigne Shelden dan Audrey Jude Randy Alexander bakal bertanding bagi meraih pingat dalam kategori alatan akhir batang titian dan senam lantai.



