ARTIKEL

Kredit: Bernama

Glasgow 2026: Muhammad Hafizuddin raih emas pada penampilan pertama Sukan Komanwel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GLASGOW: Atlet angkat berat negara Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan pingat emas keempat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara dalam acara lelaki kategori 88 kilogram (kg) di SEC Armadillo, Scottish Event Campus di sini semalam.

Kemenangan itu mencipta kenangan manis buat atlet kelahiran Perlis berusia 22 tahun itu pada penampilan pertama di Sukan Komanwel apabila muncul juara dengan jumlah angkatan keseluruhan 345kg, merangkumi 162kg bagi acara snatch dan 183kg bagi clean and jerk, dengan kedua-dua catatan itu turut mencipta rekod baharu temasya.

Juara acara lelaki 81kg Sukan Malaysia 2024 itu menamatkan saingan di hadapan pemenang pingat perak Cameron David McTaggart dari New Zealand yang mencatat jumlah angkatan keseluruhan 338kg manakala Angus Doig dari Scotland meraih pingat gangsa dengan 309kg.

Acara angkat berat kini menyumbang kesemua empat pingat emas Malaysia di Glasgow, selain satu pingat gangsa menerusi Irene Jane Henry dalam kategori wanita 48kg.

Terdahulu, Mohamad Aniq Kasdan muncul juara acara lelaki 60kg, diikuti Muhamad Aznil Bidin (lelaki 65kg) dan Muhammad Erry Hidayat dalam kategori lelaki 79kg.

Kejayaan Muhammad Hafizuddin itu terus mengukuhkan kutipan pingat Malaysia ketika kontinjen negara meneruskan kempen dengan beberapa lagi prospek pingat masih beraksi. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi