Glasier kecil tropika Indonesia cair dalam tempoh 10 tahun

JAKARTA: Galsier kecil di Indonesia dikatakan mencair dengan begitu cepat, sehingga memungkinkan ia lenyap dalam tempoh 10 tahun. Demikian menurut kajian baharu yang menekankan tentang ancaman yang mungkin berlaku oleh perubahan iklim terhadap lapisan ais di negara tropika.

Ketika sidang kemuncak COP 25 selesai di Madrid, negara-negara berusaha memuktamadkan perjanjian iklim Paris 2015, yang bertujuan mengehadkan peningkatan suhu global.

Beribu-ribu kilometer jauhnya, glasier di puncak gunung di wilayah Papua di Indonesia, dan sejumlah puncak lain di Afrika dan Andes Peru, adalah amaran awal tentang apa akan berlaku jika mereka gagal.

“Disebabkan ketinggian galsier di Papua agak rendah… ia akan hilang terlebih dahulu,” kata Lonnie Thompson, salah seorang pengarang kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences minggu ini.

Musim panas ini, Iceland kehilangan Okjokull, glasier pertama yang lenyap akibat perubahan iklim, di tengah-tengah amaran sekitar 400 lain berisiko menerima nasib sama di pulau subartik itu.

Sementara itu, satu pasukan penyelidik di Switzerland memberi amaran pelepasan gas yang tidak terkawal menyaksikan 90 peratus daripada glasier Alps hilang pada akhir abad ini.

Pencairan yang cepat dari glasier, terutamanya lembaran ais di Greenland dan Antartika menyebabkan paras laut meningkat, yang mengancam kota-kota mega dan negara pulau kecil. Glasier juga merupakan sumber utama air untuk puluhan juta orang.

Foto Global Atmosphere Watch/AFP / Handout