ARTIKEL

Gobind Singh Deo | Bernama

Gobind umum pelantikan 13 Ahli Parlimen sebagai Rakan Kementerian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Digital Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan pelantikan 13 Ahli Parlimen sebagai Rakan Kementerian (FoM), satu inisiatif baharu yang diperkenalkan bagi memperkukuh agenda digital negara.

Ahli Parlimen itu terdiri Ganabatirau Veraman (Klang), Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera), Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Azli Yusof (Shah Alam), Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Datuk Anyi Ngau (Baram).

Turut dilantik ialah Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Kuching), Young Syefura Othman (Bentong), Ahmad Johnie Zawawi (Igan), Lee Chuan How (Ipoh Timor) dan Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu).

Majlis pelantikan yang berlangsung di Kementerian Digital di Putrajaya itu diadakan selepas Kabinet meluluskan inisiatif berkenaan pada 21 Feb lepas yang asalnya dicetuskan oleh Kelab Penyokong Kerajaan. Backbenchers.

Gobind berkata FoM bertujuan memperkasakan peranan wakil rakyat penyokong kerajaan di Dewan Rakyat serta sebagai penghubung antara kementerian dan wakil rakyat, khususnya berkaitan isu dasar kerajaan serta pelaksanaan program.

“FoM akan melaksanakan beberapa fungsi utama, termasuk sebagai penyampai dasar pada peringkat akar umbi bagi membantu rakyat memahami dasar kerajaan dan manfaatnya, selain membina naratif positif untuk mewujudkan persepsi baik terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Ahli FoM juga akan menyediakan input dan kajian bagi menyokong kementerian dengan menyalurkan maklumat, cadangan dan penyelidikan terutama untuk perbahasan di Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli FoM turut berperanan sebagai medium komunikasi untuk menerangkan objektif serta manfaat inisiatif digital kepada rakyat dan menyokong rang undang-undang serta usul berkaitan digital di Parlimen.

Kementerian Digital komited untuk memastikan FoM berfungsi secara berkesan termasuk menyediakan maklumat yang menyeluruh dan terkini, mengutamakan penglibatan mereka dalam perancangan dasar serta mengekalkan hubungan erat melalui mesyuarat dan dialog berkala.

“Kementerian juga akan menyediakan platform untuk terlibat dalam programnya, selain menjamin akses kepada sumber, latihan dan bahan rujukan,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di