ARTIKEL

Pasukan MSSB Kuching meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan Bola Sepak 12 Tahun Ke Bawah (12TKB) MSSS Sarawak 2026.

Gol awal hadiahkan kejuaraan kepada MSSB Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Kuching muncul juara Kejohanan Bola Sepak 12 Tahun Ke Bawah (12TKB) Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) 2026 selepas menewaskan MSSB Serian 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian pada Jumaat.

Jaringan tunggal seawal minit ke-12 menerusi gerakan berpasukan yang kemas sudah memadai untuk menghadiahkan kejuaraan kepada MSSB Kuching dalam aksi yang berlangsung sengit sehingga wisel penamat.

MSSB Serian yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah beberapa kali mengasak kubu lawan bagi mencari gol penyamaan, namun benteng pertahanan MSSB Kuching kekal ampuh untuk mempertahankan kelebihan sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, MSSB Bintulu menamatkan saingan di tempat ketiga, manakala MSSB Mukah menduduki tempat keempat.

MSSB Kuching turut menguasai empat daripada lima anugerah individu apabila meraih Anugerah Pemain Prospek Sepanjang Liga, Anugerah Pemain Prospek Perlawanan Akhir, Anugerah Pertahanan Prospek Perlawanan Akhir dan Anugerah Pemain Muda Prospek Perlawanan Akhir.

Manakala, MSSB Serian membawa pulang Anugerah Penjaga Gol Prospek Perlawanan Akhir.

Kejohanan tersebut menjadi platform penting untuk mengenal pasti pemain muda berbakat yang memiliki potensi, disiplin dan karakter bagi mengikuti program pembangunan bola sepak negeri.

Pemain yang menyerlah sepanjang kejohanan akan terus dipantau dan diserap ke dalam Program Pembangunan Bakat Elit Bola Sepak (ETFDP) Sarawak sebagai persediaan melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti pada masa hadapan.

Kejohanan anjuran MSSS dengan kerjasama MSS Bahagian Serian itu turut memperkukuh usaha pembangunan bola sepak akar umbi menerusi sokongan RUNATI, ETFDP, Sarawak Sports Care dan rakan strategik lain.

BERITA LAIN

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November