ARTIKEL

Golongan bujang 18 tahun ke atas kini boleh mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Golongan bujang yang berusia 18 tahun ke atas kini boleh memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian sambil menambah sebanyak RM48 juta diperuntukkan untuk skim tersebut.

Katanya, menerusi skim itu subsidi sebanyak RM200 sebulan sehingga tiga tahun ditawarkan kepada pemohon sementara jawatankuasa skim setakat ini telah meluluskan sebanyak 1,786 permohonan melibatkan RM10 juta dana.

“Bagi meluaskan bantuan kepada lebih ramai orang, saya telah mengarahkan agar kriteria kelayakan diperluaskan kepada individu bujang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan,” katanya dalam klip video pendek yang dikongsi di laman Facebooknya semalam (Isnin).

Sehubungan itu kata Dr Sim, beliau berharap agar inisiatif tersebut dapat membantu lebih ramai rakyat Sarawak mengurangkan pembayaran sewa kediaman mereka di bandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Katanya, ia sudah tentu membantu mereka untuk menangani kos sara hidup yang tinggi.

Baca lain  Wanita maut, teman lelaki cedera dilanggar lari

“Skim ini diperkenalkan pada 2021 bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

“Antara kriteria lain, pemohon dikehendaki berumur 21 tahun ke atas, berkahwin atau ibu bapa tunggal dengan sekurang-kurangnya seorang anak yang tinggal bersama mereka,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh