ARTIKEL

GPS harap kemelut politik negara segera berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendukung penuh Sistem Raja Berperlembagaan dan berharap kemelut politik yang melanda negara ketika ini akan segera berakhir serta Malaysia bebas daripada pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik ketika ini, kestabilan politik amat diperlukan.

“Kita perlu fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat serta pemulihan ekonomi,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen walhal perkara itu belum mendapat perkenan Baginda.

Al-Sultan Abdullah menegaskan, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lalu tidak tepat dan mengelirukan Ahli Dewan Rakyat. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,