ARTIKEL

GPS perlu menang besar untuk kekal didengari- Rundi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SOKONG GPS ..Dr Stephen Rundi semasa program AgriCOP di Rumah Lawrence Bana di Suai hari ini.

BINTULU: Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya umum ke-15(PRU-15) penting bagi memastikan suara negeri ini dihormati dan tidak tenggelam, terutamanya di Parlimen.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, rakyat perlu tahu bahawa GPS sentiasa bekerja sepanjang masa untuk mengangkat keperluan rakyat Sarawak bukan sahaja semasa pilihan raya tetapi sepanjang masa.

Seperti calon GPS Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing katanya, Tiong mempunyai rekod dan prestasi cemerlang sepanjang 20 tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bintulu.

DATUK DR SRI STEPHEN RUNDI UTOM

“Justeru rakyat harus menghargai jasa serta pengorbanan beliau terhadap rakyat di kawasan jagaannya.

“Rakyat juga harus berfikir panjang agar tidak melepaskan calon GPS ini dan mengundi calon lain yang belum tentu diketahui keupayaan mereka untuk memimpin,” ujarnya semasa berucap merasmikan Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) bertempat di Rumah Lawrence Bana di Suai, hari ini.

Beliau turut  mempersoalkan kemampuan calon Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Perikatan Nasional (PN) dalam membawa kemajuan kepada rakyat Bintulu memandangkan  kedudukan kedua-dua parti tidak kukuh sebagaimana GPS.

Tegas ADUN Kemena itu lagi, rakyat di negeri ini tidak memerlukan parti dari Semenanjung bagi mentadbir negeri ini kerana Sarawak sudah mempunyai gabungan parti tempatan iaitu GPS yang merupakan satu-satunya parti tempatan yang memahami kehendak serta aspirasi rakyat Sarawak.

“Salah seorang daripada calon parti lawan pernah cuba untuk bertanding melawan saya di Kemena dalam Pilihanraya Negeri yang lepas, namun akhirnya menyatakan sokongan terhadap GPS,” ujarnya.

 

 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha