ARTIKEL

ABANG JOHARI diberikan penerangan mengenai Jambatan Batang Lupar Dua ketika menghadiri majlis perasmiannya di sini, hari ini.

GPS tampil 82 calon pada PRU Sarawak Ke-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperkukuh barisan calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 dengan menampilkan individu daripada pelbagai latar belakang profesional, termasuk jurutera daripada Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Premier yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu bertujuan membawa kepakaran dan pengalaman lebih luas ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memperkukuh perwakilan wanita dalam arena politik.

Menurutnya, kedua-dua jurutera berkenaan bertanding masing-masing di peringkat Parlimen dan DUN, dengan seorang merupakan Ahli Parlimen Batang Sadong, manakala seorang lagi bakal bertanding di kerusi DUN Bekenu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar Dua di sini, semalam.

Abang Johari berkata, GPS akan menampilkan 82 calon bagi kesemua kerusi DUN di Sarawak pada PRU negeri akan datang.

Beliau berharap semua calon yang diketengahkan mendapat sokongan rakyat, sambil menegaskan bahawa masa depan negeri ini bergantung kepada kepercayaan dan penilaian rakyat terhadap dasar serta usaha kerajaan dalam memacu pembangunan.

“Jika rakyat memahami dasar kita dan mengiktiraf keikhlasan kita dalam memacu pembangunan, semua masyarakat akan mendapat manfaat, sama ada Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu mahupun Cina. Dasar kita bersifat inklusif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada beberapa parti politik dari Semenanjung Malaysia yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding di Sarawak, sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai membantu negeri ini mengekalkan suasana aman dan kemakmuran.

BERITA LAIN

SPR ingatkan calon patuhi peraturan penamaan

KUCHING: Bakal calon Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 diingatkan supaya melengkapkan borang penamaan calon, membuat semakan awal dan menjelaskan bayaran deposit bagi memastikan proses

BERITA TERBARU

The Cats benam Phnom Penh 3-0

KUCHING: Kuching City FC menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2) selepas membenam pendahulu Kumpulan H, Phnom Penh Crown FC