ARTIKEL

Abdul Karim ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

GPS tidak berpihak kepada mana-mana parti politik di Sabah, serah kepada rakyat – Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berpihak kepada mana-mana parti politik di Sabah, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat negeri itu untuk menentukan siapakah yang layak diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, GPS menghormati hak pengundi Sabah untuk membuat keputusan terbaik demi masa depan negeri mereka.

“Bagi politik Sabah, kita tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana pihak. Ramai dalam kalangan mereka ialah rakan kita, sama ada yang berada dalam kerajaan atau di luar kerajaan.
“Kita serahkan kepada rakyat Sabah untuk menentukan siapakah yang mereka mahu menjadi kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis DayakDaily 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Abdul Karim, yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan serta Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menambah GPS sentiasa mendoakan agar proses demokrasi di Sabah berjalan lancar.

Dalam masa yang sama, Abdul Karim menjelaskan lawatannya ke Sabah baru-baru ini tidak mempunyai kaitan politik, sebaliknya menghadiri program belia yang turut melibatkan Sarawak dan Johor.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang kunjungan pemimpin GPS ke Sabah tidak harus ditafsirkan sebagai sokongan politik kepada mana-mana parti atau calon.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah