ARTIKEL

GPS tidak terlibat dalam rundingan gabungan politik baharu – Abang Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak terlibat dalam sebarang rundingan berkaitan gabungan politik baharu, kata Pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Beliau berkata GPS adalah bebas dan hanya akan memerhati perkembangan yang berlaku di Kuala Lumpur.

“Apa sahaja masalah yang mereka hadapi di sebelah sana (semenanjung Malaysia), adalah masalah mereka. Bukan masalah Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Agung GPS di sini.

Beliau mengulas khabar angin mengenai sebuah gabungan politik baharu dikenali sebagai Pakatan Nasional yang kononnya membabitkan GPS.

Meskipun GPS hanya melihat kepentingan Sarawak dan penduduknya, Abang Johari berkata pada masa yang sama, beliau mahu Malaysia mempunyai kerajaan yang amat kukuh serta stabil. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU