ARTIKEL

Graduan perlu cemerlang akademik, aktiviti sukarelawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Semangat sukarelawan dan prihatin terhadap masyarakat menjadi elemen penting dalam usaha memperlengkapkan diri menjadi graduan yang cemerlang.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, selain fokus terhadap pencapaian akademik, mahasiswa perlu ada semangat kesukarelaan dan sumbangan terhadap masyarakat setempat.

“Kemahiran sosial dapat dipelajari melalui semangat kesukarelaan, apabila anda melakukan sosial projek seperti Kelab Leo, kita dapat mempelajari kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan,” jelasnya dalam ucapan perasmian Curtin Leo Camp di Curtin University Sarawak pada Sabtu.

Ujar beliau, di peringkat universiti, pencapaian cemerlang dalam pembelajaran adalah penting.

Namun pada masa sama universiti dijadikan tempat untuk mahasiswa belajar kemahiran kemasyarakatan selain mengetahui sumbangan yang boleh diberikan kepada masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU