ARTIKEL

Kredit: Bernama

MCMC ingatkan orang ramai bertanggungjawab guna media sosial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan berhubung kandungan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook “Vikke Lee” yang disyaki mengandungi unsur jelik melampau serta menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Rakaman percakapan telah dijalankan di Balai Polis Sri Petaling bagi membantu siasatan, selain penyitaan sebuah telefon bimbit bersama satu kad SIM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“MCMC memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang disyaki mengandungi maklumat palsu atau unsur penghinaan terhadap institusi diraja, khususnya kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

Orang ramai diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab serta tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Mayat lelaki hilang selepas bot terbalik ditemukan

TANJUNG MANIS: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Kampung Hulu Paloh ditemukan meninggal dunia oleh penduduk kampung dalam operasi mencari