ARTIKEL

Lo berucap ketika menyempurnakan Majlis Graduasi Program Literasi Orang Dewasa Siri 1 2025 di Pustaka Negeri Sarawak.

Graduan program literasi buktikan pembelajaran tidak kenal usia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Literasi Orang Dewasa terbukti mampu memperkasakan komuniti, terutama golongan dewasa yang sebelum ini tidak berpeluang mendapatkan pendidikan asas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang.

Menurutnya, program ini merupakan inisiatif signifikan yang memberi peluang kepada golongan dewasa untuk mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira.

“Kemahiran ini bukan sahaja penting untuk kegunaan harian, tetapi ia juga membantu meningkatkan keyakinan diri serta membolehkan mereka menyumbang lebih banyak kepada keluarga dan masyarakat.

“Tahap literasi yang tinggi dalam masyarakat merupakan faktor utama pembangunan sesebuah negara. Justeru, kemampuan seseorang untuk membaca, memahami, dan menggunakan maklumat dengan berkesan dapat membantu mereka membuat keputusan lebih baik, sama ada dalam kehidupan seharian, pekerjaan, atau keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Graduasi Program Literasi Orang Dewasa Siri 1 2025 anjuran Pustaka Negeri Sarawak di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Lo menjelaskan bahawa program ini bukan sekadar membolehkan peserta menguasai asas literasi, malah membantu mereka menggunakan ilmu tersebut dalam aspek kehidupan lain.

“Mereka juga belajar membaca resipi untuk berniaga, memahami dokumen rasmi, serta mengurus kewangan mereka. Ini adalah langkah ke arah memperkasakan masyarakat dan meningkatkan taraf hidup mereka,” ujarnya.

Dalam dunia yang semakin canggih, Lo menekankan kepentingan warga emas untuk memiliki kemahiran membaca bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

“Kita sering mendengar berita tentang warga emas menjadi mangsa penipuan dalam talian. Jika mereka mahir membaca dan menggunakan telefon bimbit, mereka lebih berupaya mengesan penipuan serta mengelakkan diri daripada ditipu,” katanya.

Sehubungan itu, Lo menyeru lebih banyak kawasan DUN dan komuniti setempat untuk mencontohi inisiatif ini dengan bekerjasama bersama Pustaka Negeri Sarawak, perpustakaan awam, perpustakaan desa, dan pusat komuniti digital bagi melaksanakan program serupa.

“Dengan adanya sokongan pelbagai pihak, program ini boleh dijadikan model yang diterapkan di lebih banyak kawasan untuk memastikan rakyat Sarawak mendapat manfaat dan peluang meningkatkan tahap literasi mereka.

“Saya yakin bahawa dengan kerjasama antara wakil rakyat, agensi kerajaan, dan komuniti, program literasi seperti ini dapat membantu lebih ramai individu meningkatkan kemahiran asas mereka, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Sarawak,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan memperluaskan program ini ke seluruh Sarawak kerana manfaatnya yang besar, terutama kepada warga emas.
“Seramai 12 graduan dari Kampung Haji Baki telah membuktikan bahawa pembelajaran tidak mengenal usia. Kejayaan mereka menamatkan program ini menunjukkan bahawa semangat untuk belajar dan memperbaiki diri tidak terbatas kepada faktor umur.

“Saya amat berbangga dengan usaha mereka dan yakin bahawa ilmu yang diperoleh akan memberi manfaat besar dalam kehidupan seharian,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha