ARTIKEL

GRS Pertimbang Haluan Sendiri Jika PH-BN Bergabung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedia bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang serta memfokuskan kerjasama dengan parti tempatan yang sehaluan, sekiranya keputusan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dimuktamadkan.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata gabungan itu berpegang kepada prinsip bahawa kerajaan negeri seharusnya dipimpin oleh parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat tanpa mengetepikan peranan serta kepentingan parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.

“GRS menegaskan bahawa parti-parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri.

“Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama memaklumkan PH dan BN bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata kerajaan negeri hari ini perlu terus diperkukuh kerana ia membawa kestabilan dan mewakili bentuk kerjasama yang menyumbang kepada kekuatan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Apa yang GRS perjuangkan ialah kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan Sabah. Mengetepikan aspirasi tempatan dalam konteks politik Sabah adalah tidak selari dengan sentimen rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji berkata GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat bagi menetapkan hala tuju gabungan itu dalam menghadapi PRN akan datang.

Beliau berkata GRS juga akan mengadakan perbincangan rasmi dengan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri ketika ini untuk mendapatkan pandangan dan pendirian mereka. — BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha