ARTIKEL

Grynspan muncul calon utama gantikan Guterres sebagai Setiausaha Agung PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HAMILTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan pusingan undian tidak rasmi keempat pada Selasa sempena proses mencari pengganti Setiausaha Agung Antonio Guterres.

Duta Perancis ke PBB, Jerome Bonnafont, yang turut memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan bagi bulan September, mengesahkan pusingan keempat tersebut telah selesai dan setiap calon bakal dimaklumkan keputusannya melalui wakil tetap masing-masing.

Beliau turut menyatakan Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) akan diberitahu mengenai penamatan undian tidak rasmi itu, dengan jumlah tujuh calon disahkan menyertai proses berkenaan.

Beberapa laporan turut menyebut diplomat Costa Rica, Rebeca Grynspan, kini dilihat mendahului sebagai pilihan utama untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung PBB yang baharu.

Proses undian rahsia itu bertujuan menilai tahap sokongan dalam kalangan 15 ahli Majlis Keselamatan, di mana calon memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi dan tiada bantahan veto daripada lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, China, Perancis, Rusia serta United Kingdom, sebelum dilantik secara rasmi oleh Perhimpunan Agung menjelang tamat penggal Guterres pada 31 Disember seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk