ARTIKEL

Abang Johari (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

Guna Hasil Gas Asli Bina Industri Masa Depan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada eksport gas asli tanpa membina asas perindustrian kukuh untuk menjamin masa depan negeri ini, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, sebagai pengagregat gas tunggal, setiap molekul gas perlu disalurkan kepada industri tempatan sekali gus membolehkan hasilnya dilabur semula dalam pembangunan infrastruktur kritikal dan pembentukan ekonomi baharu negeri.

Atas sebab itu katanya, Sarawak mengambil pendekatan seimbang antara eksport dan pembangunan domestik supaya sumber gas negeri dimanfaatkan terlebih dahulu untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

“Kita mesti jelas, kita tidak mampu sekadar mengeksport gas asli kita dan kemudian dalam 50 tahun mendapati sumber kita susut tanpa asas perindustrian yang kukuh.

“Dengan pendekatan ini, kita tidak menunggu masa depan… kita sedang membinanya dan meletakkan Sarawak sebagai peneraju perindustrian rendah karbon di rantau ini,” katanya ketika membentangkan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Ujarnya, usaha itu turut mengukuhkan pembangunan Kluster Perindustrian Peralihan Bintulu yang diiktiraf Forum Ekonomi Dunia sebagai kluster pertama seumpamanya di Malaysia dan antara 38 kluster industri peralihan di seluruh dunia.

Menerusi pelan halatuju gas Sarawak, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak sedang mentransformasikan landskap tenaga dengan menggunakan lebih banyak gas kita sendiri dalam negeri.

Ini katanya sekali gus membangunkan hab industri baharu di Miri, Samalaju, Bintulu dan Kuching serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Sarawak.

“Seperti Petros yang telah ditubuhkan pada 2017, syarikat minyak berkenaan telah berkembang daripada sebuah syarikat baharu Sarawak kepada salah satu pengeluar ekuiti minyak dan gas terkemuka di Malaysia.

“Petros juga telah mengetuai usaha merancakkan semula industri hidrokarbon di daratan Sarawak dengan menggabungkan teknologi baharu dan kerjasama antarabangsa,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata bersama Japan Organization for Metals and Energy Security, Petros sedang mempertingkat penerokaan di kawasan Mukah–Balingian, manakala kerja perintis di Miri dan tinjauan dari Limbang ke Mukah menggunakan teknologi pengimejan moden bagi memahami potensi daratan dengan lebih tepat.

“Usaha ini bertujuan membuka sumber baharu di daratan melalui pendekatan teliti berasaskan data supaya sebarang pembangunan memberikan nilai jangka panjang kepada Sarawak dan rakyatnya,” jelasnya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,