ARTIKEL

Guna kaedah inovasi dalam jahitan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: D’Athirah Magic Sewing Academy komited membantu meningkatkan pendapatan golongan wanita daripada kelompok B40 yang mempunyai minat dalam bidang jahitan.

Pengasasnya Nur Athirah Razali berkata, akademi kemahiran jahitan pakaian itu yang menggunakan kaedah inovasi dalam sistem pembelajaran untuk pelajar intensif atau penggemar bidang jahitan pakaian.

Menurutnya, kaedah inovasi tersebut menggunakan alat bantuan jahitan rekaannya sendiri D’Athirah Design Magic Ruler atau Magic Ruler dalam kalangan penggemar jahitan. “Alat bantuan jahitan rekaan saya ini pernah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Inovasi Negara dan Anugerah Inovasi Selangor.

“Saya kembali ke Sarawak untuk berkongsi nilai sosial yang terdapat dalam inovasi ini kepada komuniti dengan mewujudkan satu program sosial dalam akademi,” jelasnya. Beliau berucap pada Majlis Pembukaan Akademi dan Pelancaran Produk Inovasi Terbaru Syarikat di D’Athirah Enterprise Magic Sewing Academy di sini baru-baru ini.

Pada Jun 2019, beliau diberikan kepercayaan oleh Shell Malaysia sebagai penerima Geran Pembangunan Lestari untuk mewujudkan satu program sosial membantu golongan B40 di Kuching dalam bidang kemahiran jahitan pakaian dan kraf tangan.

“Program sosial ini pernah dijalankan di cawangan pertama akademi di Shah Alam, Selangor yang kami berikan nama kumpulan Remade by Magic. “Ia merupakan satu program sosial bantuan jahitan menggunakan kaedah inovasi menjahit pakaian dan kraf tangan dalam masa yang singkat serta menggunakan bahan terpakai,” jelasnya.

Oleh itu, beliau bersyukur kerana dalam tempoh percubaan dua bulan mereka berjaya mewujudkan ahli Remade by Magic di Kuching yang terdiri daripada kelompok B40. “Kami juga mewujudkan beberapa program lain seperti bekerja dari rumah dan melatih jurulatih kepada peserta daripada golongan B40,” ujarnya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Shell Malaysia kerana memberikan kepercayaan kepadanya. “Terima kasih kepada Shell Malaysia kerana dapat melihat nilai sosial ke dalam produk ciptaan ini, sekali gus membantu untuk memartabatkan lagi komuniti B40,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.