Trending

Guna sebaik mungkin pakej

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PAKEJ ransangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin, harus digunakan sebaik mungkin oleh semua atlet silat Sarawak yang menerima pakej tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perguruan Silat PSMA spring 12 Warisan wa bojeng, R Jordan Iskandar Shamshudin berkata, semua atlet harus bijak menggunakan faedah yang diberikan oleh kerajaan. “Para atlet hendaklah berdisiplin dan bijak mengatur perbelanjaan dengan betul setelah menerima bantuan daripada kerajaan.

“Atlet juga disarankan agar tidak membazir wang bantuan yang diberikan dan gunakan sebaik mungkin,” katanya kepada Suara Sarawak semalam. Beliau turut mengingatkan kepada semua atlet silat di seluruh Sarawak tidak menjalankan sebarang aktiviti luar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan(PKP).

“Gunakan masa ini untuk mempraktikkan serta mengulang kaji apa yang telah dilatih oleh guru utama di rumah masing-masing. “Masa PKP ini juga adalah penting untuk atlet-atlet kita mendekatkan diri pada jalan agama masing-masing,” katanya lagi.

Selain itu, Jordan turut menyambut baik Sukan Malaysia 2020 ditangguhkan kerana mengambil kira keselamatan atlet, jurulatih, pegawai khas dan pihak-pihak yang terlibat bagi mencegah penularan wabak Covid 19. Penangguhan itu juga memberi peluang kepada atlet silat Sarawak membuat persediaan rapi sehingga ke tarikh Sukma diumumkan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru