ARTIKEL

Guna teknologi dalam urusan masjid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menyarankan kepada semua penduduk Kuching agar terus memanfaatkan teknologi dalam kehidupan seharian misalnya proses melibatkan urusan di masjid.

Jelasnya melalui Scan and Donate yang diperkenalkan di masjid di sekitar Kuching dapat menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai salah sebuah negeri terunggul yang menggunakan transaksi E-Money melibatkan ekonomi digital.

“Melalui pelancaran Scan and Donate hari ini (semalam) membuktikan LAKMNS juga tidak mahu ketinggalan untuk menjadi salah sebuah agensi Islam yang terkemuka dalam dunia digital kini,” katanya dalam Majlis Pelancaran Scan and Donate di Bangunan Baitulmakmur semalam.

Beliau bangga kerana kini jemaah dan orang awam boleh menyumbangkan derma atau sedekah mereka secara digital tanpa tunai. “Mereka boleh menderma dan bersedekah melalul imbasan kod QR yang akan dipaparkan di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching nanti.

“Menjadi harapan dan iltizam LAKMNS untuk terus lebih cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat dan seterusnya mencapai matlamat untuk menjadi sebuah agensi Islam bertaraf dunia,” katanya. Menerusi usaha sama dengan Sarawak Pay pada kali ini, beliau turut menjelaskan proses bersedekah kini tidak perlu lagi memerlukan seseorang perlu hadir ke masjid sebaliknya hanya melalui telefon pintar.

“Selain itu kita juga berusaha menggunakan QR Code Maybank dan applikasi Boost RHB untuk usaha ini. “Menerusi inisiatif ini, kita harap ia mendapat sambutan daripada masyarakat. Kita dipertanggungjawabkan untuk memanfaatkan teknologi multimedia dalam urusan masjid ini,” katanya.

Tambahnya lagi pihaknya juga akan bekerjasama dengan Unimas melancarkan program lawatan ke masjid yang akan dikendalikan oleh sukarelawan menggunakan aplikasi telefon pintar untuk menyokong ekonomi digital terutamanya melibatkan aktiviti perlancongan.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,