Gunung Asama Jepun meletus sembur abu setinggi 2 km

TOKYO: Gunung Berapi Asama di Jepun meletus pertama kali dalam tempoh empat tahun terakhir hingga menyemburkan asap abu setinggi dua kilometer ke udara pada dinihari Khamis.

Gunung Asama sekitar 140 kilometer di barat laut Tokyo meletus menyebabkan

Badan Meteorologi Nasional Jepun meningkatkan status gunung dari peringkat tiga kepada lima.

Individu dilarang mendekati kawah serta puncak gunung tersebut.

Menurut AFP, lembaga itu juga memperingatkan jarak empat kilometer dari kawah berpotensi mengalami hujan batu dan kerikil serta aliran gas panas.

Diperingatkan juga sejumlah kota terdekat mungkin terkena hujan abu yang meletus.

Ketika ini Gunung Asama masih mengeluarkan gas ke udara, namun pada peringkat normal.

Gunung Asama terakhir meletus pada Jun 2015. Setakat ini tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan berlaku akibat letusan kecil tersebut. – AFP

Suara Sarawak