ARTIKEL

Gambar hiasan | Freepik.com

Gunung Lewotobi Laki-laki di Indonesia meletus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-laki di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus pada Rabu dengan memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira 1,500 meter dari puncaknya, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), lapor Xinhua.

PVMBG melaporkan yang letusan berlaku pada 6.31 petang waktu tempatan dan berlangsung kira-kira tiga setengah minit, dengan abu bergerak ke arah barat daya.

Walaupun berlaku aktiviti itu, pihak berkuasa memaklumkan tiada peningkatan ketara dalam gegaran gunung berapi.

Gunung berapi itu kekal pada Tahap II dalam skala amaran empat peringkat negara berkenaan.

Penduduk dan pelancong dinasihatkan agar menjauhi zon larangan dalam lingkungan empat kilometer dari kawah.

Pegawai turut menggesa orang ramai memakai pelitup muka dan pelindung mata, serta kekal berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar akibat hujan di sungai berhampiran gunung berapi itu. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi