ARTIKEL

MICHAEL Tiang (tiga kiri) menerima cenderamata daripada Teck Kee.

Guru arkitek masa depan – Michael Tiang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Guru ialah arkitek masa depan dalam membentuk minda muda yang suatu hari nanti akan membentuk negara, kata Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, warga pendidik berperanan mengubah kehidupan para pelajar melalui komitmen tanpa jemu dan peranan mereka.

MICHAEL Tiang (lima kanan) menyerahkan sijil kecemerlangan kepada salah seorang staf sekolah.

“Kita sering berkata bahawa kanak-kanak ialah masa depan, tetapi hakikatnya, para guru yang membentuk mereka menjadi insan yang penuh harapan, berilmu dan cekal.

“Anda menanam nilai-nilai yang akan kekal bersama-sama mereka sepanjang hayat,” katanya berucap semasa Majlis Makan Malam Sambutan Hari Guru yang dianjurkan oleh SJKC Kiang Hin di sini, malam tadi (Khamis).

Michael Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelawan mengakui bahawa sektor pendidikan berdepan cabaran besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kesan daripada pandemik COVID-19 dan kemunculan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembelajaran.

Bagaimanapun, beliau memuji para guru atas ketabahan mereka dan kekuatan senyap yang menjadi tulang belakang kejayaan setiap pelajar.

Sehubungan itu, Michael Tiang turut berbangga dengan pencapaian SJKC Kiang Hin, dan memberi kredit kepada kerjasama erat antara lembaga pengurusan sekolah dengan warga pendidik dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Michael Tiang turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada lembaga pengurusan sekolah sebagai satu bentuk galakan, dan menegaskan sokongan beliau terhadap keperluan pembangunan sekolah tersebut.

Majlis pada malam itu turut menyaksikan penyampaian sijil kecemerlangan perkhidmatan kepada kakitangan sekolah serta pemberian hadiah penghargaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah