NEW JERSEY: Seorang guru wanita yang juga merupakan seorang isteri dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki bawah umur.
Jessica Sawicki, 37 tahun seorang guru bahasa Inggeris, di Trenton dan seorang pelajar sekolah ditemui dalam keadaan berbogel di dalam sebuah kereta.
Sawicki didakwa melakukan perbuatan itu beberapa kali sejak Disember tahun lalu.
Menurut afidavit, dia mengaku melakukan hubungan intim bersama pelajar lelaki berusia 16 tahun tersebut sebanyak lima kali.
Perbuatannya kurang bermoral itu terbongkar menyebabkan dia didakwa dengan lima pertuduhan serangan seksual tahap dua.






