ARTIKEL

KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika ditemu bual selepas program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bersama Bernama Tv di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Hab pilihan di Asia Tenggara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keputusan Microsoft Corp untuk melabur di negara ini membuktikan Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan di Asia Tenggara yang sekali gus mengukuhkan kedudukan rantau ini sebagai pasaran pertumbuhan penting.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (gambar) berkata, ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.

“Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa rakan Kabinet saya dan menyatakan komitmen beliau melabur dalam tempoh empat tahun akan datang, terutamanya dalam pusat data dan kecerdasan buatan (AI),” katanya kepada Bernama selepas menghadiri acara Rumah Terbuka Bernama 2024, yang diadakan di sini, semalam.

Syarikat teknologi dan perbadanan multinasional Amerika Syarikat (AS) itu mengumumkan ia komited untuk melabur sebanyak AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam teknologi awan dan AI di Malaysia dan AS$1.7 bilion (RM8.1 bilion) di Indonesia.

“Pelaburan Microsoft dalam infrastruktur bagi tempoh empat tahun akan datang akan meningkatkan kemahiran 200,000 rakyat Malaysia dan mempercepat perjalanan transformasi digital negara,” kata Tengku Zafrul.

Terdahulu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, langkah syarikat multinasional itu juga menyokong inisiatif nasional Malaysia untuk menerima guna teknologi pemboleh baharu, termasuk AI dan AI generatif, yang boleh memanfaatkan AS$113.4 bilion kapasiti produktif di Malaysia.

Pelaburan itu juga akan memperkasakan keterangkuman dan pertumbuhan ekonomi menerusi teknologi inovatif dan canggih, kata kementerian itu dalam satu kenyataan Komitmen teguh Malaysia terhadap infrastruktur digital mampan telah meyakinkan banyak syarikat multinasional yang diiktiraf di dunia untuk membuka atau mengembangkan kehadiran mereka di sini, seperti yang dibuktikan oleh pelaburan digital berjumlah RM144.7 bilion yang diluluskan dari 2021 hingga 2023. – Bernama

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah