ARTIKEL

Hab serantau Maxis percepatkan transformasi digital di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hab Internet Serantau baharu yang ditubuhkan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, Maxis di negeri ini mampu meningkatkan kesediaan digital seperti yang digariskan dalam Inisiatif Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030. 

Demikian jelas Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi yang berkata, ia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan transformasi digital di seluruh Sarawak dengan sasaran fasa pertama perlu dicapai menjelang tahun 2025.

Dengan penubuhan hab internet Maxis ini, katanya ia mampu membawa membawa pengalaman kesalinghubungan yang lebih baik serta muat turun kandungan pembelajaran, perniagaan dan akses aplikasi yang popular dengan lebih pantas.

“Inisiatif daripada Maxis ini sekali gus meningkatkan kesediaan digital seperti yang digariskan dalam pelan tindakan ekonomi sarawak 2030 untuk fasa pertama perlu dicapai menjelang tahun 2025,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian Hab Internet Serantau Maxis di Jalan Bintawa di sini, hari ini. 

ADUN Sebuyau itu turut mengalu-alukan usaha Maxis dalam membantu menyediakan perkhidmatan internet yang pantas kepada rakyat di Sarawak kerana ia merupakan salah satu pemangkin kepada kemajuan ekonomi seperti yang termaktub dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID19 2030 (PCDS 2030).

Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang membina Hab Internet Serantau di Sarawak dengan sambungan kandungan antarabangsa secara langsung dan berjaya mengurangkan 58 peratus trafik mudah alih di Malaysia Timur ekoran ia telah ditempatkan di hab serantau ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU