ARTIKEL

Habis AS$50,000 untuk halau anak dari pangsapuri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELBOURNE: Sejak lapan tahun lalu, pesara, Peter Grundy, 84, berusaha menghalau anak perempuan dari kediamannya. Selain masa, dia juga terpaksa mengeluarkan belanja AS$50,000 membayar peguam bagi tujuan yang sama.

Peter seorang petani gandum memberitahu dia cuba menjual pangsapurinya supaya dia dapat tinggal di sebuah rumah jagaan warga tua. Memandangkan dia tidak mempunyai pencen, syarat untuk masuk ke rumah jagaan itu ialah dia perlu membayar wang pendahuluan. Berikutan itu dia perlu menjual pangsapuri untuk membayarnya.

Grundy berusaha menjualnya sejak lapan tahun lalu, namun semua usahanya dihalang oleh anak perempuannya Katrina. Malah Grundy juga mengheretnya ke mahkamah dalam usaha mengusirnya dari pangsapuri tersebut namun Katrina, 49 tetap enggan keluar dari situ.

Pakar undang-undang memberitahu Grundy usahanya dari segi undang-undang untuk menghalau anaknya tidak dapat membantunya lagi.

Katrina mendakwa ibu bapanya menghadiahkannya pangsapuri itu kira-kira lapan tahun lalu, dan biarpun alasan itu ditolak oleh hakim, ia masih tidak menghalangnya dari terus tinggal di pangsapuri tersebut tanpa keizinan ayahnya.

Wanita itu turut meletakkan kaveat pada harta itu, yang merupakan satu tindakan yang bijak dari segi undang-undang kerana selain melambatkan lagi proses pengambilan semula, lama-kelamaan ia juga mampu menghalang semua transaksi penjualannya.

Grundy memberitahu dia sudah menghabiskan sekitar AU$70,000 cuba menghalau anaknya selain kerugian dari bayaran sewa berjumlah AU$ 200,000 sejak lapan tahun lalu.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,