Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Hadiah buat bonda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

LUNDU: Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) di Dun Tanjong Datu adalah hadiah buat bonda, kata Azizul Annuar Adenan.

Azizul yang diisytiharkan sebagai Adun baharu Tanjong Datu bertanding atas tiket GPS itu berkata, kemenangannya bukan sahaja hadiah buat bondanya, tetapi juga kemenangan bagi seluruh warga Dun Tanjong Datu dan GPS.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur Alhamdulillah di atas kemenangan yang diberikan ini.

“Kemenangan ini bukan sahaja kemenangan saya tetapi kemenangan bagi seluruh warga N.3 Tanjong Datu dan GPS,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRN-12 Dun Tanjong Datu.

Ujarnya, beliau bukan sahaja mewakili dirinya sendiri tetapi mewakili GPS, kerajaan di negeri Sarawak ini.

Tambahnya, warga Tanjong Datu selama ini telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada GPS di kawasan ini.

“Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua adik kakak saya di kawasan Dun Tanjong Datu.

“Saya tidak akan melupakan tanggungjawab saya untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berbakti kepada masyarakat, ” katanya lagi.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News