ARTIKEL

Hafiz Suip terkesan berjauhan dengan anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI Hafiz Suip mengakui berjauhan dengan dua anak tersayang merupakan luka paling dalam yang masih membekas dalam hidupnya.

Walaupun cuba bangkit dan berdamai dengan takdir, perasaan sebagai seorang bapa tidak pernah reda.

Dalam satu hantaran di Instagram, Hafiz, 35, meluahkan emosi yang selama ini terpendam, betapa hubungan dengan anakanak menjadi kekuatan utama dalam hidupnya, namun dalam masa yang sama menjadi punca kesedihan paling besar.

“Saya rasa apabila berjauhan dengan anak, itulah perkara paling sedih.

Sampai sekarang saya masih melaluinya,” katanya ringkas namun penuh makna.

Meskipun sedang berdepan fasa kehidupan yang mencabar, penyanyi yang dikenali dengan lagu Awan Nano itu tetap memilih untuk bersyukur dan reda dengan setiap ketentuan Tuhan.

Katanya, mencari damai dalam hati lebih penting daripada menyalahkan takdir.

“Saya bersyukur sahaja, bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan.

Saya cuba untuk berdamai dengan kehidupan, tak mahu cari salah.

Sebab bila kita cari salah, kita jadi kusut.

Bila bersyukur dan reda, insya-Allah akan ada kebahagiaan,” ujarnya.

Namun, Hafiz tidak menafikan bahawa ada masanya sukar untuk berdepan dengan persepsi orang ramai yang sering menilainya hanya dari satu sudut.

Bagi beliau, menjadi selebriti tidak bermakna dirinya kebal daripada cemuhan mahupun salah faham.

“Banyak tanggapan orang pada saya, tapi paling sedih bila orang anggap saya jahat sahaja di mata mereka.

Mulut orang kita tak boleh tutup.

Yang saya boleh buat, jalani hidup seperti biasa.

Lambat-laun orang akan faham dan tahu kebenarannya,” luahnya.

Sebelum ini, juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama isteri, Nureffy, tidak lagi dapat diselamatkan.

Mereka kini sedang melalui proses perceraian.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Hasil perkahwinan mereka, Hafiz dan Nureffy dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8 tahun, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5 tahun.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

BERITA TERBARU