ARTIKEL

Haidar ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Premier Sarawak bagi DUN Tanjong Batu di sebuah hotel di Bintulu, hari ini.

Haidar yakin PBB Tanjong Batu terus kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Budaya perpaduan, kerjasama dan keharmonian dibina dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.68 Tanjong Batu selama lebih tiga dekad perlu dipertahankan demi kesinambungan serta kejayaan parti pada masa depan.

Timbalan Ketua Cawangan PBB N.68 Tanjong Batu, Datuk Haidar Khan Asghar Khan berkata, beliau mula menerajui cawangan berkenaan ketika kawasan itu masih dikenali sebagai DUN Kidurong pada 1992 dan memimpinnya selama lebih 34 tahun.

Sepanjang tempoh berkenaan, beliau berusaha membina budaya politik yang mengutamakan kerjasama tanpa pertelingkahan atau perebutan kuasa dalam kalangan anggota parti.

Haidar menyampaikan penghargaan kepada salah seorang veteran PBB Tanjong Batu.

“Saya bersyukur dan berharap perkara ini akan terus kita pertahankan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Premier Sarawak kepada 40 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kelab serta pertubuhan di kawasan DUN Tanjong Batu di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Haidar berkata, beliau berasa lega untuk menyerahkan kepimpinan cawangan berkenaan kepada generasi seterusnya kerana yakin asas kukuh telah dibina sepanjang tempoh kepimpinannya.

Beliau turut berharap budaya saling bekerjasama serta mengutamakan kepentingan parti dan masyarakat terus menjadi kekuatan utama PBB Cawangan N.68 Tanjong Batu pada masa depan.

Pada majlis berkenaan, Haidar turut menyampaikan penghargaan kepada dua veteran PBB Tanjong Batu.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah