ARTIKEL

Hajat tidak termakbul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HAJAT kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak untuk memburu kejuaraan ke-15 di Selangor tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tangga ketiga keseluruhan selepas menutup saingan dengan 52 emas, 32 perak dan 54 gangsa, menjadikan keseluruhan 138 pingat.

Pencapaian itu bagaimanapun tidak cukup untuk mengekalkan Sarawak di takhta yang selama ini menjadi miliknya. Selangor muncul juara keseluruhan, manakala Sabah menduduki tempat kedua.

Keputusan itu tentunya mengecewakan kerana Sarawak hadir ke Selangor dengan misi besar — mempertahankan kejuaraan dan mencatat sejarah sebagai juara buat kali ke-15 tetapi realiti di gelanggang membuktikan persaingan kali ini jauh lebih sengit.

Sebagai juara bertahan, Sarawak bukan sahaja perlu mempertahankan pencapaian sendiri, malah terpaksa berdepan pencabar yang datang dengan persiapan lebih rapi dan sasaran lebih tinggi.

Walaupun gagal mempertahankan kejuaraan, kutipan 52 emas tetap memperlihatkan Sarawak masih mempunyai kelompok atlet para yang mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Renang, powerlifting bergaya

Antara kejayaan paling menyerlah hadir menerusi para powerlifting apabila menutup saingan buat juara keseluruhan acara dengan lima emas, satu perak dan dua gangsa.

Lima emas itu disumbangkan oleh Anson Tiong Cheong Huat dalam kategori lelaki 49 kilogram (kg), Bibiana Ahmad bagi wanita lightweight bawah 61kg, Johannes Gabriel Chew bagi lelaki 65kg, Sona Agon bagi wanita heavyweight lebih 61kg dan Bryan Junency Gustin dalam kategori lelaki 88kg.

Anson membuka akaun emas Sarawak dengan angkatan terbaik 97kg dalam penampilan sulungnya di Para SUKMA.

Bibiana pula mencuri perhatian apabila bukan sahaja memenangi emas, malah mencipta rekod kebangsaan baharu dengan angkatan 86kg.

Sona mengangkat 94kg untuk menjuarai kategori lebih 61kg, manakala Johannes Gabriel melakukan angkatan 135kg bagi emas kategori 65kg.

Bryan Junency pula mengakhiri kempen powerlifting Sarawak dengan emas selepas menghasilkan angkatan terbaik 165kg.

Adiknya, Brownson John Gustin, turut menaiki podium dengan gangsa dalam kategori sama.

Acara renang turut memainkan peranan besar dalam kutipan emas Sarawak.

Antara penyumbang utama ialah Rusdianto Rusmadi, yang memenangi emas 400m gaya bebas S8 dengan rekod temasyasebelum memenangi emas 50m gaya bebas S8.

Fraiddden Dawan pula muncul antara atlet paling menyerlah apabila memenangi 100m gaya bebas S10 dan 100m kuak lentang S10.

Galang Jabai turut menyumbang emas dalam 50m kuak lentang S6/S7 selain membantu kuartet Sarawak memenangi acara berganti-ganti.

Kuartet Fraidden Dawan, Rusdiato Rusmadi, Galang Jabai dan Mully Andriano turut menghadiahkan emas dalam 4x100m gaya bebas lelaki, manakala gandangan sama sebelum itu memenangi 4x100m medley lelaki.

Pencapaian tersebut menunjukkan renang masih menjadi antara nadi utama kekuatan Sarawak.

Sementara dalam acara para tenpin boling, Nur Syazwani Marais meneruskan penguasaan luar biasa apabila meraih emas perseorangan wanita TPB4.

Kejayaan itu amat istimewa kerana Syazwani melengkapkan hatrik emas selepas turut menang dalam acara beregu dan berpasukan lelaki, kerana mahu memastikan semua pemain berada pada tahap konsisten sebelum saingan bermula.

Dua lagi perlawanan Liga Super berlangsung hari ini, membabitkan Penang FC menentang KRW FC di Stadium Bandaraya pada jam 4.45 petang dan Star City FC bertemu Terengganu FC di Stadium Tuanku Syed Putra pada jam 9 malam.

Pada Ahad, Sabah FC dijadualkan menerima kunjungan Negeri Sembilan FC di Stadium Likas pada jam 7.30 malam, manakala Selangor FC berdepan Kuala Lumpur City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada jam 8.15 malam.

Hajat tidak termakbul

Kegagalan mempertahankan kejuaraan tidak seharusnya membawa kepada tindakan menyalahkan atlet.

Mereka sudah turun ke gelanggang membawa nama Sarawak dan berjuang untuk mencapai keputusan terbaik.

Sebaliknya, keputusan di Selangor perlu menjadi bahan siasat menyeluruh.

Acara mana yang gagal mencapai sasaran perlu dikenal pasti. Adakah terdapat jurang antara atlet senior dengan pelapis?

Dan paling penting, adakah sistem pembangunan bakat yang ada ketika ini mampu menghasilkan kelompok atlet baharu secara berterusan?

Persoalan ini perlu dijawab secara objektif.

Sarawak sendiri sudah mempunyai program pengenalpastian bakat atau Talent Identification (TID) dan kemunculan beberapa atlet baharu yang terus menyumbang emas di Selangor memberi petanda bahawa usaha melahirkan generasi seterusnya mula menunjukkan hasil.

Kembali memburu takhta

Tempat ketiga bukanlah pengakhiran kepada era kegemilangan Sarawak dalam Para SUKMA.

Sebaliknya, ia sepatutnya menjadi pencetus kebangkitan.

Sarawak masih mempunyai ramai atlet berpelangaman, jurulatih berkualiti dan program pembangunan yang mampu diperkasakan.

Apa yang diperlukan sekarang ialah keberanian melakukan penilaian tanpa berselindung.

Jika sesuatu acara tidak mencapai sasaran, kelemahan perlu dikenal pasti.

Jika ada sukan yang semakin ketinggalan, strategi pembangunan perlu diubah.

Sebenarnya 52 emas yang diraih membuktikan Sarawak masih mempunyai kekuatan.

Yang perlu dilakukan ialah memastikan kekuatan itu diterjemahkan kepada jumlah emas yang lebih besar pada edisi akan datang.

Hajat juara kali ini tidak termakbul tetapi daripada kegagalan ituah Sarawak perlu mencari jalan untuk kembali ke takhta.

Kalah bukan bererti menyerah.

Sebaliknya, inilah masa untuk bangkit, belajar dan memburu semula mahkota yang terlepas.

BERITA LAIN

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

Dapur rumah di awan biru

PETANG Ahad, saya terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching menggunakan pesawat milik kita rakyat Sarawak — AirBorneo. Selama ini, saya banyak menyunting pengalaman rakyat Sarawak

BERITA TERBARU