ARTIKEL

Gambar fail Bernama

Haji 1447H: Arab Saudi mula persiapan lapan bulan lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi meneruskan persiapan bagi musim Haji 1447 Hijrah dengan memulakan kerja lapan bulan lebih awal untuk menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman ibadah jemaah menerusi pelbagai mesyuarat serta inisiatif, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Setakat ini, kementerian melaksanakan beberapa inisiatif utama, termasuk berkoordinasi dengan wakil dari lebih 60 negara melalui pejabat urusan haji mereka dan mengadakan lebih 50 mesyuarat bagi melancarkan inisiatif bas Saudi yang bertujuan meningkatkan sistem pengangkutan jemaah.

Menerusi platform Nusuk Masar, kementerian meluluskan 16 syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada jemaah dari luar negara, menyelesaikan automasi panduan perkhidmatan untuk 75 negara, serta mengaktifkan 189 pusat hospitaliti.

Kementerian juga melayakkan dan memastikan kesiapsiagaan 24 syarikat yang memberi perkhidmatan kepada jemaah luar negara serta meluluskan lebih 11 syarikat perkhidmatan untuk jemaah tempatan.

Sebanyak 25 bengkel diadakan bagi menambah baik perkhidmatan, 25 inisiatif inovatif diluluskan untuk musim akan datang, dan pangkalan data sukarelawan bagi Haji 1447H turut dilancarkan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum