ARTIKEL

Hak autonomi pendidikan, kesihatan Sarawak bakal dikembalikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Sri Fadillah Yusof ketika mengadakan lawatan sekitar Pasar Sentral Sibu, hari ini.

SIBU: Kerajaan Persekutuan secara prinsip bersetuju untuk menyerahkan hak autonomi pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof.

Menurutnya, butiran lanjut perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPPMA63) di Kuching pada awal Februari depan sempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak.

“Ya, perkara mengenai penyerahan hak autonomi pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak turut akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama MTPPMA63 di Kuching bulan hadapan.

“Perkara berkenaan sudah dipersetujui secara prinsip. Sekarang pihak kita sedang memperincikan dan memperhalusi butiran lanjut mengenainya,” katanya.

Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat dan bersarapan di Pasar Sentral Sibu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata mesyuarat itu kelak termasuk memuktamadkan formula jumlah kenaikan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berasaskan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri serta turut melibatkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha