ARTIKEL

Kredit Hakim Danish

Hakim Danish mahu kekal di Moto3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUCHONG: Pelumba sensasi Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli memilih untuk tidak terburu-buru beralih ke kelas Moto2, sebaliknya mahu kekal dalam Kejuaraan Dunia Moto3 sekurang-kurangnya semusim lagi.

Pelumba berusia 18 tahun itu berkata keputusan berkenaan dibuat bagi memastikan dirinya benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum mengharungi cabaran lebih besar di Moto2, namun keputusan akhir akan ditentukan oleh Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.

Menurut Bernama, Hakim Danish yang mewakili pasukan MT Helmets-MSi berkata masih banyak perkara yang boleh dipelajari di Moto3, terutama dari segi teknik perlumbaan dan pengendalian jentera sebelum bersaing dalam kategori lebih tinggi.

Beliau menyasarkan untuk beralih ke Moto2 menjelang 2028, namun mengakui peluang itu bergantung kepada prestasi dan keputusan yang dicatatkan sepanjang musim ini.

Buat masa ini, anak jati Terengganu itu memberi tumpuan untuk memburu kejuaraan dunia dengan mengekalkan prestasi konsisten, selain menerima sumbangan RM6,000 daripada RCB yang disalurkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atas pencapaiannya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan