ARTIKEL

Nanta bercakap dalam sidang media

Hala tuju politiknya sudah jelas – Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan hala tuju politiknya sudah jelas dan tidak mahu perkara itu terus menjadi tumpuan.

Beliau berkata perkara berkenaan sudah dijelaskan sebelum ini dan tidak perlu diulangi, sebaliknya perhatian wajar diberikan kepada isu yang lebih penting.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Kursus Peluasan Road Accident Management System (RAMS) dan Pelaporan Data Kemalangan Jalan Raya Mengikut Piawaian PDRM K27 dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Nanta berkata dalam sistem politik terdapat pelbagai aspek termasuk tadbir urus dalam parti yang perlu diuruskan, namun beliau tidak mahu memberi tumpuan lanjut kepada perkara berkenaan pada ketika ini.

Beliau sebelum itu ditanya pemberita berhubung kenyataan terdahulu mengenai hala tuju politik dan kemungkinan perkembangan berkaitan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Nanta memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menegaskan tumpuan ketika ini wajar diberikan kepada isu yang lebih berkepentingan kepada rakyat, khususnya keselamatan jalan raya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha