TEL AVIV: Ketua Tentera Hama, Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan ‘operasi ketenteraan’ ke atas Israel susulan serangan roket bertubi-tubi dari Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Matlamat Operasi Banjir AlAqsa adalah untuk menamatkan ‘pelanggaran’ Israel, kata Deif dalam kenyataan rakaman ringkasnya awal Sabtu.
Seorang wanita terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan roket besar-besaran dari Semenanjung Gaza yang bermula awal Sabtu.
Wanita berusia sekitar 60 tahun itu cedera parah berhampiran bandar Gedera, menurut perkhidmatan menyelamat Magen David Adom.
Serangan besar-besaran dari Semenanjung Gaza datang secara mengejut.
Situasi kembali memuncak, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki. – Bernama-dpa



