ARTIKEL

Hampir 100 warga kedutaan sertai Hari Sukan Negara di Bangkok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Sambutan Hari Sukan Negara 2026 di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan dalam kalangan pegawai Malaysia, Kakitangan Ambilan Tempatan serta ahli keluarga mereka.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, menyatakan hampir 100 peserta menyertai sambutan yang bertujuan mengukuhkan hubungan sesama warga kedutaan melalui sukan dan riadah.

Menurut beliau, penyertaan menyeluruh warga kedutaan mewujudkan suasana harmoni, sekali gus menjadikan program itu mencapai objektifnya serta mengukuhkan semangat kebersamaan dan kekeluargaan.

Menurut Bernama, sempena sambutan pada Sabtu itu, peserta mengikuti pelbagai aktiviti termasuk Breeze Walk, senaman Zumba berkumpulan serta pertandingan bola pikel, badminton dan dodgeball yang menemukan kakitangan Malaysia dengan Kakitangan Ambilan Tempatan.

Wan Zaidi turut menggesa warga kedutaan memanfaatkan kemudahan sukan di premis itu dan menjadikan sukan sebahagian daripada rutin mingguan, kerana amalan konsisten dapat menjaga kesihatan, meningkatkan produktiviti serta melancarkan urusan kerja di pejabat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU