ARTIKEL

Hampir 1,000 ditahan terlibat Macau Scam sehingga Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 993 individu ditahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini selepas terlibat dalam kegiatan ‘Macau Scam’.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata tangkapan pada 1 Jan hingga 31 Okt itu melibatkan 912 warga tempatan dan 81 rakyat asing.

“Pertuduhan yang telah dibuat berkaitan kes Macau Scam ini ialah 605 orang,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) mengenai jumlah kes penipuan Macau Scam serta peringkat umur penjenayah yang terlibat pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, belum ada kajian mengenai umur mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dan pihak Kementerian Dalam Negeri akan membuat penelitian berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Jonathan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Bank Negara Malaysia, syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian.

Selain itu, katanya sebuah Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber yang terdiri daripada PDRM dan SKMM telah ditubuhkan pada Mac 2019 bagi tujuan sama.

Beliau berkata di peringkat dalaman PDRM pula, satu Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini kes jenayah dalam talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang membantu dari segi kepakaran dan teknologi.

 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha